Cara mudah untuk bezakan beg bagasi dari penumpang lain


Kalau naik kapal terbang, bila sampai, kena tunggu beg dulu. Beg pulak lebih kurang samaje design. Warna pon standard, hitam, kelabu gelap.. Supaya senang nak cam beg, NN tambah something yang membezakan bag NN dari orang lain. NN ambil baju @ kain yang dah nak buang, NN gunting sikit dan ikat pada beg. Kalau kain warna terang (kuning, merah, oren) dan bercorak lagi bagus. Dari jauh dah boleh nampak bag kita @ tidak. Selamat mencuba!

Berzikir sambil menyediakan makanan @ minuman anak2 dan suami

Bila NN buat susu irfan @ masak untuk husband, NN cuba biasakan berzikir, selawat @ baca ayat kursi dengan harapan bila irfan @ hsuband minum lebih berkat dan bertambah imannya. Kadang2 NN tambah juga doa pada Allah supaya bila minum @ makan tu boleh menjadikan mereka orang yang lebih sabar. NN mula buat lepas baca @ dengar ceramah kot. Katanya, lebih baik berzikir dar membebel entah apa2... Nanti anak pulak suka bebel... (",)

Happy 30th birthday to me!


Alhamdulillah.... Harini NN dah pon 30 tahun... Dah tua dah.. Hadiah paling bermakna, semalam dapat surat dari tabung haji yang NN dapat join husband pergi haji tahun ni... Terima kasih banyak ya Allah.. Sebulan lagi insyaAllah baby girl nak keluar... Due pulak awal 2 minggu sebab baby besar.. Sehari lepas birthday husband.. Kalau sama dengan bday husband lagi canteek!

Tahunni kira full swing jugakla, bulan 3 ni baby nak keluar, bulan 5 adik nak tunang, bulan 8 nikah, then bulan 9 plak pergi haji... Semoga semua berjalan lancar... Amin...

Alatulis ofis selalu hilang



Masa kerja dulu adaje barang yg hilang. Especially pen. NN ni pulak jenis yg suka bawa brg pergi meja kawan pastu tertinggal kat situ. Bila nk guna lupa letak kat mana. Fikir punya fikir dapat 1 solution, STIKER NAMA!

Carani pon takla berkesan 100%.. Tapi sekurang2nya bila ada pen yang tertinggal tu ada label nama kita, kawan2 yg baik hati akan pulangkan balik. Pernah skali tu stapler tertinggal kat payment unit (temp process cheque), barula staff2 kat situ dtg kasi. Hehe... Bila2 masa rajin plak, NN wat inspection kat meja kawan2 yg slalu NN lepak, ada jela brg2 yg jumpa.

Slain utk dapat kurgkn barang hilang, boleh juga elakkan brg bertukar. Pen semua samaje, botol irfan pon slalu tertukar dengan cousin2 dia. Dah letak label tu senang la sikit.

Adios... (",)



Layakkah kita nak menegur orang lain?

Bila orang buat sesuatu yg NN rasa tak betul, selalunya NN akan fikir berkali2 utk tegur. Macamla NN ni baik sangat nak tegur2 orang pulak. Bila macamni, NN mesti teringat balik pada ustaz (lupa plak nama dia) kat MRSM Jasin dulu, "kalau nak tunggu cukup ilmu dan kita sempurna, memang sampai bila2 kita xkan tegur kesilapan org lain." Ilmu kat dunia ni memang tak habis dan manusia ni tak sempurna.

NN setuju dengan kata2 ustaz NN tu. Cuma sepanjang hidupni, secara konsistennya, orang2 sekeliling NN yang alim dan banyak ilmu agamanya, rajin nak menegur, tapi cara dia menegurtu buat NN rasa macam NN ni kecikje NN dia dah mulia sangat. Dengan percakapan yang kasar, mencebik mulutnya.. Dan dalam masa yang sama orang tu pulak buat perkara yang NN rasa org yang tinggi ilmu agamanya tak patut buat macam tu (e.g mengumpat, dengki, dll) sampai buat NN hilang hormat pada golongan yang terlebih ilmuni. (Manusianikan tak sempurna...) NN hormat pada kawan NN masa belaja dulu, Wardatul raihan, pakaian dia menutup aurat, berilmu, tapi dalam masa yang sama, cara dia bergaul buat NN rasa takda beza antara NN dengan dia. Kalau ada yang silap dia tegur dengan baik.

Semua orang layak nak menegur orang lain walau sejahat mana pon dia. Tapi tegurlah dengan cara yang sesuai dan dari hati yang ikhlas.

Tempat service honda yg best di shah alam - HZN Cars


NN selalu service kereta di HZN cars. Mula2 owner lain. Sekrg owner baru, ada pulak service cuci kereta percuma setiap kali service kat sini. Suka betul!

Yang best dgn temp ni ada surau yg selesa, temp permainan untuk irfan dan ada free flow air (nescafe, milo) dengan biskut skali. Staff memang sgt mesra n senyum selalu. NN harap HZN Carsni akan remain dia punya standard ni forever.


Website : http://www.hzncars.com.my/About-HZN-Cars.html

Daging masak lada hitam seri-aji


Husband baru start berubat cara baru guna Auralife. Yang peritnya, banyak benda yang kena pantang. Antaranya ayam, ikan tongkol, seafood.. Option yg ada, beberapa jenis ikan dan daging.

Terbaruni, cuba daging masak lada hitam jenama adabi. Senang masa, goreng daging, then letak perencah yang dah dibancuh dengan air, dah siap.... (^_^)

Ajar anak melalui pengajaran

Pejam celik, irfan dah pon 2 tahun. Budak nak mbesar ada jeka benda yg dia nak cuba. Dari apa yg NN blaja stakatni, bila irfan buat sesuatu yg kita tak bagi buat, lepas tu ada benda jadi, kat situ Irfan mula blaja.

Antara benda yang jadi :
- tak kasi main barang kaca, then meja cermin tokma dia pecah, dari situ Irfan dah mula carefull dengan barang kaca
- tak kasi main iron, pergi juga sentuh iron, elok masa tgh panas, nasib baik satu jarije, sejak tu dah tak nak main iron.

Kesimpulannya, utk sesetgh benda tu, rasanya lebih baik baik anak experience, bagi dia buat eksperimen sendiri baru dia akan blaja something. Stakatni alhamdulillah, terima kasih pada Allah sebab bagi Irfan. Anak yang dengar kata, bijak, cepat blaja. Terima kasih ya Allah....

Honda city vs vios

NN guna honda city... Tapi family geng toyota lak... Dua adik2 guna vios, papa pulak avanza..

Harga honda lagi mahal dari vios... Tapi husband suka honda so ikut jela... Bila cuba dua2 kereta rasanya memang prefer honda berbanding vios... Ada dua benda stakatni yg xbest dengan honda city nih, satu bila lock @ unlock dia tak bunyi.. Jadi kene tgk lampu dia menyala ke tak... Rasanya ni basic thing yg patut ada pada honda... Yang kedua dia tak auto lock bila kita mula drive kereta... Tapi faktor yg kedua ni NN tak kisah sgt sbb dah biasakan naik kete je terus kunci pintu.. Skergni dah mcm2 kes samun yg ada, jadi cuba utk jadikan bende tu kebiasaan...

Kelebihan berbanding vios,enjin lebih senyap, bila bawa kereta pon rasa lebih smooth, ruang dalam yg lebih besar, dan alarm yg tak terlalu bising (munkin juga disadvantage kalau kereta kena curi, tapi skrgni rsnya kalau alarm bunyi pon org buat xtau je kan?). My fav feature, ada temp letk payung kat bawah seat belakang, lain dari tu ada temp letak botol air yg agak byk. Since ambik full spec, seat belkg dia boleh dijatuhkn. Kalau nk pindh tu bykla sket brg yg boleh masuk.

Kelebihan vios pulak, ada auto lock, boleh buka bonet kereta guna remote, bila lock pintu dia berbunyi dan lampu berkelip... alarm kereta toyotani memang agak sensitif rasanya... Sebab alarm agak kerap bunyi untuk vios dan avanza.. Nyamuk lalu pon dia boleh bunyi...

Apepon, masing2 punya cita rasa.. Selain honda, NN suka myvi... Tapi size dia tak berapa sesuai utk family NN... InsyaAllah kalau ada rezeki jadi second car kot.. Amin.... (",)

Ikan kukus portugis mak nyonya



Husband yg memula try brandni. Tak terfikir nak beli sebab tak suka sangat ikan kukus. Tapi memang sangat sedap. Nak buat pon senang.


Kad kredit oh kad kredit

Mula2 guna jad kredit sebab nak bayar yuran ACCA. Guna bank cimb. Tapi masa tu banyak shopping kat giant. Giant pulak promo kad citibank untuk dapat rebate sampai 2-5%... Jadi mula guna citibank pulak. Lepas tu terus guna citibank je.

Sangat puas hati guna ciribank sebab customer service yang sngat bagus :
- Boleh minta creditkan balik interest yang dah charge sebab lambat bayar tapi kena bayar penuh dulu
- boleh minta credit balik yuran tahunan
- baru2ni guna dua kad, nk stop satu sebab nnti kena gov tax, citibank bagi credit rm50, jadi bila charge gov tax nnti jadi kosong balik

Tapi bila mula guna kadni disadvantage :
- terlebih belanja ( tu yg kena interest, padan muka)
- asyik adaje tele-marketer call offer macam2 produk (i.e: insuran, pinjam duit, dll)
- citibank xbanyak cawangan, tapi takde masalah, boleh bayar onlineje...

Advantage:
- boleh buat auto deduction untuk bil letrik, air, astro, celcom, dll
- untuk celcom n wimax boleh dapat rebate 5% dari total bil kalau buat auto deduct
- jimat masa dan duit sebab kalau bayar online kena bank charge sekali je sbb semua payment dh berkumpul kat 1bankje
- untuk yg guna touch n go, boleh guna zink kad. Citibank xtau ada tak function ni tapi cimb n maybank ada. Kalau baki kad touch n go bawah rm50, dia akan auto reload. Jimat masa, tapi kena charge rm0.50 tak silap setiap kali dia
- ada masanya kat kedai2 ada special diskaun kalau guna kad tertentu. Tak silap kenny roger bagi 15% diskaun kalau guna kad kredit rhb
- boleh dapat rebate kalau guna kad. Contohnya untuk giant-citibank dapat 2-5% setiap kali belanja di giant dan 0.05-0.1% kalau tempat2 lain. Rebate tu dapat dalam bentuk voucher (bukan point macam sesetgh bank lain, dah satu hal pulak nk kumpul point utk tebus adiah). Kalau citibank cash back rebate yang dapat 2-5% rasanya, rebate tu akan di kumpul, dah cukup rm 50, dia akan deduct dari bil.

Pakai kad kreditni banyak kelebihan kalau pandai kontrol. Kalau jenis yg tak pandai kontrol mcm tuan yg menulisni, memang hancur... (",) adios...

Tudung susah nak bentuk? Baju susah nak iron?


Masa sekolah dulu sibuk pakai plastik, letak lilin kat tudung nak tudung jadi bentuk elok. Kadang2 jadi, kadang2 pelik. Sekarang dah senang sejak guna "Easy On double Starch Ironing Spray"... Sangat membantu dan menjimatkan masa.. Ada juga produk lain yang lebih murah tapi bau yang ni yang paling ok stakatni. (^_^)

Microsoft excell

Masa belaja kat uitm dulu, belaja nak lulus je... Lepas tu lupa. Bila kerja pon buat kerja macam orang bodoh, buat cara manual @ cara yang panjang berjela. Bos pon dua kali lima. Tapi jasa dia satu yang takkan di lupa, ajar cara buat pivot table. Memang favourite function sampai sekarang. Lain macam biasala, guna graf, table, function yang simple2. Skali lepas 2 tahun kerja dapat promote jadi senior exec, job scope pon dah lain. Kena pulak mamat yang satu group tu pulak berhenti, so kena ambil alih kerja dia.

Mamatni nama dia Kamsatul Aidi, besar jugakla jasa dia sebab semua file yang guna tu mesti ada formula2 yang memudahkan kerja dan menjimatkan masa. Bemula dari situ sampaila sekarang, sangat gila dan suka guna excell. InsyaAllah ada masa nnti boleh share function2 yang mungkin simple tapi sebenanya banyak guna dia sebab banyak menjimatkan masa. Teringat pulak kata2 cikgu excell masa pergi training dulu " other people work like dog, i'm just relax and go back at 5.30.. "

Tesco vs Giant

Bila mula jadi penganggur terhormat, kenala buat research mana tempat yang jual barang lebih murah. Kat shah alam ni tempat yang semua barang ada mana lagi tesco dan giantla. Sebelumni dah lima tahun jadi pelanggan setia giant. Bila start buat research barula sedar bertapa murahnya barang kat tesco berbanding giant. Tapi masing2 ada kelebihan dan kekurangan.

Giant :
- kebanyakan barang lebih mahal dari tesco kecuali susu bayi @ barang yang ada promosi.
- environment, service lebih selesa
- suka beli ikan kat giant dari tesco sebab dia tolong siang dan bersihkan ikan
- ada playground dan permainan yang biasanya kena masuk syiling disediakan secara percuma, boleh irfan naik sepuas ati dia...
- kalau harga yang pada label scan di kaunter lain boleh claim kat kaunter
- boleh return balik apa2 barang yang di beli dalam masa seminggu dengan syarat barang tu masih dalam keadaan asal dan ada resit ( pernah husband silap beli susu anak, return balik, pekerja tu tak banyak songeh pon)

Tesco :
- kebanyakan barang lebih murah kecuali susu bayi
- environment kurang selesa, barang yang beli kena letak sendiri dalam plastik, susun atur barang pon macam ada yang tak kena.
- stakatni beli ikan kat tesco ada je alasan yang diberi, padahal bukan main besar sign board kat dinding tu boleh siang ikan. Bila siang ikan pulak, darang meleleh keluar dari plastik.
- kena sedia wang syiling untuk irfan main kuda, train @ kerete buat upah jadi budak baik. Haha..
- sama dengan giant, boleh claim beza harga yang pada label dan scan di kaunter
- belum return apa2 barang lagi.

So terpulangla pada masing2 punya taste. Biasanya pergi kat tesco, tapi bila nak beli ikan memang beli kat giant..

Minyak Habbah's. minyak pelbagai guna.


Ade macam2 jenis minyak yang jual kat kedai. Mama pulak pengguna setia produk2, PRM... Jadi dia syorkan guna MINYAK HABBAH'S ni..

Alhamdulillah sejak guna untuk irfan (dari masa bayi lagi) :
- Luka cepat sembuh
- punggung tak melecet
- lebam cepat hilang
- Perut kurang kembung
- parut pon hilang ( berkesan untuk orang dewasa juga)


Biasanya mama yang beli dekat kelantan, skali tu hanis stok, cari kat kedai memang tak jumpa yang ada pon kat ampang. Cari minyak lain yang ada habbatul sauda, bila pakai punggung Irfan tak melecet, tapi harganya ada yang 2 @ 3 kali ganda lagi mahal. Sekarang dengar mama nak datang pesan beli banyak2 terus. Hehe... Thanks Hajjah Azizon.. (",)

Almari berkulat?

Almari yang berkulat


Dalam sebulan dua sebelumni almari pinggan dan pakaian tiba2 berkulat. Jadi cuba buat research kat internet ada yang syorkan pakai detol, selalu buka almari.. Tapi almari pakaian memang selalu terbuka dan detol pulak bau dia agak kureng menyenangkan... Jadi jalan2 la kat tesco, skali nampakla febreze ambi pur yang anti bakteria.


Balik rumah, lap bahagian almari yang berkulat tu, kemudian sembur febreze tu, alhamdulillah sampai sekarang tak berkulat lagi. Thanks febreze!