Why are we getting married?


Just finished watching "My fake fiance". NN tersentuh pulak dengar kata2 paderi masa diorang nak kahwin tu.

"I had done this job long enough to know when a couple is getting married for the wrong reason. Some, they are in love with an idealise version of the person they are married. Others, they feel they too old to be single anymore. And some, well some just want all the gift. "

So, why are we getting married? Its good if for the right reason. 

Satu lagi ayat jiwang yang NN suka

"Kahwinlah dengan orang yang menyayanyi kita. Bukan dengan orang yang kita sayang." Eceh!


Tesco online shopping

Wah tesco dah ada online shop!!

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=502624693108776&set=a.193199840717931.41194.191466347557947&type=1&theater

Blood pressure chart

Original website : http://www.vaughns-1-pagers.com/medicine/blood-pressure.htm

DIY birthday ecard

Today is my husband's birthday. Tada!!



Bagi yang ada ipad boleh download application dari app store. NN cari photo editje.

Happy birthday dear husband. Semoga panjang umur, murah rezeki dan diberkati tuhan. Amin....

Tikus!!!

Hmmmm... Tak senang duduk NN bila nampak tikus di pagi hari.. Husband daripada sleeping beauty tiba2 bertukar jadi pahlawan berapi.. Tapi last2 xtau pergi mana... Tiap2 hari masa sunyi ada jela bunyi cik tikusni... Apa lagi bermula la operasi pembersihan besar2an..

NN google, ada beberapa tips yang NN jumpa :
- letak jering dalam rumah... Katanya dekat setahun xde tikus kat rumah..
- letak serai wangi.. Tapi takde pulak yang cakap berkesan ke tak, cuma suggestje
- guna racun tikus jenama fumakila

NN berminat nak guna racun fumakila tu, tapi masalahnya tak tau nak beli kat mana.. Giant n tesco tak de jual.. Hmmm.. So far ada la sekor yang NN selalu nampak kat dapur.. Tapi sejak operasi pembersihan besar2an dan NN tutup semua lubang2 yang ada, macam tak nampak pulak.. Harap2 dah memang takdela... Tengah2 pregnantni risau jugakkan, mau terlompat katak juga kalau tetiba lari bawah kaki... Hmmm...



Lim tayar - wheel balancing and allignment

NN selalu buat balancing dan allignment kereta kat Lim tayar seksyen 13. Tempat favourite husband sebenarnya. NN manala tau pasal balancing dan allignmentni. Tau bawa kete je. dah lepas buat balancing dan allignment pon tak rasa beza dia. Haha. Sebelumni husband ada try tempat lain, tapi dia cakap tak de beza pon. Dah tak keje ni, tugas NN la pulak. Kat Lim tayar ni dia cakap ok. Charge pon sama je. 

NN suka bawa kete ke Lim tayar ni. staff ok. Selain tu ada wifi kat sini. Jadi tak la bosan nunggu. Irfan pon boleh tengok You tube. Tempat menunggu pon selesa. Siap ada aircond, air mineral, surat kabar dan majalah. Ada sekali tu tayar kena paku, NN bawa pergi sini, dia tak charge pape pon. Bagus kan?

Satu lagi yang best dengan lim tayar ni. Setiap kali birthday husband dia akan hantar surat untuk yang bagi husband free balancing dan rotation service. Okla kan, dari takde pape.

Tapi dalam banyak2 yang best tu, adala sekali tu staff dia cakap kena tukar tayar sebab dah sampai mark dia. NN tengok ok je lagi. Lepas discuss ngan husband ikut phone (NN ni manala tau pape), decide nak tangguh dulu. Budget pon tak de bulan tu. Bila hsuband tengok, dia cakap jauh lagi dari mark, boleh balik perlis 2,3 kali lagi. Hehe. tapi tak tau la kan. Lain orang lain la opinionnya. Sampai sekrang pon tak tukar2 lagi. Alhamdulillah takde pape.

Adios.

Adress   : No 43, Ground Floor,
               Jalan Snuker 13/28, Seksyen 13
               40100 Shah Alam
               Selangor
Phone    : 011-12351255 @ 
Fax        : 03-55193048
Website : http://www.limtayar.com





Tips buat Daging @ ayam goreng lebih sedap

Dulu kalau nak goreng ayam, NN cuma letak garam dengan kunyit debu yang dalam peket tu. Makcik NN suka tambah bawang putih sebab dia cakap bau dia wangi. Tapi NN rasa tak de beza sangat NN suka tambah serbuk kari.. Bila goreng dia ada rasa berempah. Husband pon suka. Kalau buat, kena goreng lebih sebab adala tukang ratah nanti... (",) boleh buat untuk daging @ ayam goreng...

Awana kijal golf, beach & spa resort

At last back at home!!! Khamis lepas tiba2 je husband kena outstation ke teganu. Memula tumpang umah adik, then check in kat awana kijal. Risau juga kalau2 nak beranak pulak kat sana.

Masa kat awana husband kena g keje. Tinggalla kami dua beranak. Nak keluar husband pakai kereta. Yang best kat awana ni, dia ada swimming pool kanak2 siap ada gelongsor lagi. Seronokla irfan, siap nak swim kat kolam orang besar lagi. Itu belah pagi, belah petang pulak pergi smarty club, kat sini ada bilik bola, rumah mainan n gelongsor. Kira playground indoor la. So belah malam tu dia dah penat, senangla nak tido. Kalau tak, jawabnya tawaf satu bilikla.

Duk kat awana tu macam jadi mem besar la pulak, tiap2 hari ada orang kemas bilik. Towel, toileteris pulak tiap2 ari tukar. Dapatla NN buat stok berus gigi. (",)

Breakfast, makan buffet, makanan not bad tapi makan yang biasa makan. Ingatkan duk hotel dapatla makan lain dari biasa. Tapi nasi dagang, nasi lemak dia memang best. Makan kenyang2, pastu main kolam. Memang terbaiklah.

Sepanjang duk awana ni rasa puas ati. Pekerja pon mesra. Alhamdulillah. Kira last holiday before deliver la ni. Pasni dah kena berkurung 2 bulan kat umah. Adoi........