At last back at home!!! Khamis lepas tiba2 je husband kena outstation ke teganu. Memula tumpang umah adik, then check in kat awana kijal. Risau juga kalau2 nak beranak pulak kat sana.
Masa kat awana husband kena g keje. Tinggalla kami dua beranak. Nak keluar husband pakai kereta. Yang best kat awana ni, dia ada swimming pool kanak2 siap ada gelongsor lagi. Seronokla irfan, siap nak swim kat kolam orang besar lagi. Itu belah pagi, belah petang pulak pergi smarty club, kat sini ada bilik bola, rumah mainan n gelongsor. Kira playground indoor la. So belah malam tu dia dah penat, senangla nak tido. Kalau tak, jawabnya tawaf satu bilikla.
Duk kat awana tu macam jadi mem besar la pulak, tiap2 hari ada orang kemas bilik. Towel, toileteris pulak tiap2 ari tukar. Dapatla NN buat stok berus gigi. (",)
Breakfast, makan buffet, makanan not bad tapi makan yang biasa makan. Ingatkan duk hotel dapatla makan lain dari biasa. Tapi nasi dagang, nasi lemak dia memang best. Makan kenyang2, pastu main kolam. Memang terbaiklah.
Sepanjang duk awana ni rasa puas ati. Pekerja pon mesra. Alhamdulillah. Kira last holiday before deliver la ni. Pasni dah kena berkurung 2 bulan kat umah. Adoi........
No comments:
Post a Comment