Dato' dr Siti Zaliha dari SDMC

Anak 1st bersalin di SMC shah alam. kali ni cuba Dato' dr Siti Zaliha di SDMC. resultnya alhamdulillah saaaaaangat puas hati. Doktor yang dulu bagus, yang ni laaaagi bagus. Alhamdulillah beranak normal, tak gunting (Dato' dr Siti Zaliha tak nak gunting, katanya tak banyak kena jahit, lagi bagus) dan lebih cepat berbanding Irfan dulu. Maybe sebab yang ni dah anak kedua. Tapi dengan Dato' dr Siti Zaliha,patient sangatla ramai. Nasib baik rumah NN dekat, so pukul 10 melenggang anak ambil nombor lepas tu balik rumah. then lebih kurang pukul 4 baru datang balik jumpa doktor Siti.

Dato' dr Siti Zaliha ni sangat cool. Walaupon doktor modern, tapi dia ada juga suruh rendam tempat jahit tu dengan air garam supaya ia bersih. Walaupon dah berumur tapi masih bergaya dan cantik. Kalau compare dengan NN, mmm macam langit ngan bumila.

Selain doktor yang bagus, SDMC ni lebih selesa dari SMC. Bayaran pon lebih murah. NN di beritahu masa buat pre-admit tu untuk bersalin normal RM5,000, tapi bila dapat bil, RM3,000++ (lupa pulak, sebab company husband yang bayar). Kata husband, nurse masa dalam bilik bersalin tu pon lebih sabar. (NN memang dah mabuk dah time tu).

Kat SDMC Ni jugak, dia buang penyepit kat tali pusat Dayani. Jadi lagi senang NN nak cuci pusat dia compare dengan Irfan dulu. Bila discharge, SDMC kasi pampers, alcohol swap(untuk cuci pusat), sepasang baju, kapas, pengorek telinga. (Kat SMC memang takde.). Alkohol swap tu pon nasib baik tukang urut irfan yang bagitau.

Dari segi breast feeding, SDMC siap ada doktor yang datang melawat dan bagi nasihat setiap hari.

Rasanya kalau ada rezeki InsyaAllah nak bersalin di sini lagi. (",)



2 comments:

  1. assalam, boleh add facebook tak? sy ad bende na tanya berkaitan dengan deliver kat sdmc.

    ReplyDelete
  2. Boleh... Cari asmanoya....
    Whatsup pon boleh 0129543454...

    ReplyDelete