Bahaya Sardin

Good Info....

NN memang suka makan sardin.... Mak mertua NN GILA makan sardin... macam2 jenis masakanla yang dia buat, antara kari, masak lemak, sambal (ni je yg NN suka), dll...

Maklumat lanjut di sini......

http://mahathirzainol.blogspot.com/2013/04/bahaya-sardin.html

Terima kasih mama

Masuk tahun ni, mama NN dah nak masuk 58 tahun. Mama tu sangatla kurus. Biasanya orang yg ada kencing manis cam tula..makan serba tak selera... Banyak nak kena pantang. Kalau makan mulala pening n kaki semut2...

Dalam pada tak larat n penat tu, sepanjang NN pantang ni, semua benda dia nak buat. Dahla obvious gila dia letih, selalu juga NN gaduh ngan mama sebab dia tak bagi NN buat kerja... "Orang berpantang kena jadi macam permaisuri...." Sabarjela...

Dalam duk gaduh tu, NN tabikla dengan mama... Dalam penat, xlarat, tapi gagahkan juga jaga cucu, masak n sediakan macam2 setakat yang dia mampu... Maafla mama, NN ni selalu xdengar cakap, xkasi basuh pinggan, NN basuh juga... Hehe...

Ya Allah, berkatila hidup mama dan papa (selalu kena tolong, hehe)... Semoga mereka tergolong dalam golongan orang yang beriman. Gembirakanlah mereka dan berikan kesihatan yang sempurna buat mereka.... Amin....



Checklist - masa berpantang

Ibu
-baju butang depan (senang menyusu)
-kain yang bergetah (senang kalau nak pergi tandas)
-disposable panties
-bekung (sekurang2nya dua)
-kain yang dah di gunting dari baju2 lama (untuk lapik perut supaya tak kena bekung)
-maternity pad
-stokin bola
-minyak mestika @ minyak urut yang sesuai untuk sapu pada badan dan kaki supaya badan selalu hangat
-kurma (berak lawas)
-nursing bra
-disposable nursing pad
-minyak gamat untuk sapu tempat jahit supaya cepat elok
-selipar untuk jalan2 dalam rumah, jadi takla stokin kotor
-set berpantang (NN beli amwayje)
-siap2 kemas bilik bawah sebab masa pantang tak boleh naik tangga

Baby
-pampers
-baju
-seluar
-bekung
-stokin tangan dan kaki
-kain bedung
-minyak telon dan minyak habbah
-tisu
-alkohol swap (untuk cuci pusat)
-botol susu dan susu (in case susu dada tak cukup)
-sabun cuci botol
-pemberus botol
-sabun cuci baju
-wet tissue
-kain lapik belakang
-bantal tido dan peluk
-tilam
-katil
-selimut
-kelambu
-ubat nyamuk
-towel
-besen mandi
-sabun dan syampu
- cerek rebus air panas
-bakul tempat letak baju baby

Bayi dan demam kuning

Irfan dan dayani dua2 kena mata kuning. Irfan tu ada pergi check, kata doktor demam kuning yang mild je..

Masa irfan orang kata kena jemur kat panas. Sibukla tokma jemur siap bukak baju tinggal pampers je.. Tak kira pagi petang. Rupanya tak yah sampai buka baju. Just bawa jalan2 kat luat kejap n waktu pagi je... Tak dapat bawa keluar, jemur tepi tingkapje. Tapi cara ni tak la berkesan sangat.

Then mandikan pulak irfan dalam air panas yang dah di rendam uncang teh. Alhamdulillah lama2 ok.

Masa dayani ni mandikan guna rebusan herba yang jual kat kedai herba china. Alhamdulillah lagi cepat kesannya. Kuning dah tak de. Ikut kata tukang urut, selain untuk demam kuning, kulit bayi pon lebih bersih dah licin.

Untuk ibu pulak, since anak ada kuning, jangan makan @ minum apa2 pil @ teh herba. Dah sihat nanti boleh la mula minum.

Checklist - beg hospital

Takut lama2 nanti lupa, NN nak tulis siap2.. Mana yang tertinggal, nanti update balik..(",)

Ibu
-sepasang baju (yang lengan panjang dan butang depan, senang nak menyusu)
-maternity pad
-minyak gamat (untuk sapu tempat jahit supaya cepat baik)
-charger handphone dan handphone
-towel
-toileteris
-disposable panties (senang, sebab nanti darah banyak keluar, sure kena seluar)
-bekas air
-makanan untuk kunyah2
-baju sejuk
-stokin panjang
-nursing bra
-disposable nursing pad
-selipar tandas
-kad pengenalan
-kad appointment untuk jumpa doktor
-minyak selusuh @air zamzam

Baby
-baju sepasang
-kain untuk bedung
-sarung tangan dan kaki
-pampers
-selimut
-minyak telon
-sabun mandi dan syampu
-barut perut
-alkohol swap (cuci pusat)

Abah (NN bawa siap2 tapi beg berasingan, kalau nak kena stay kat hospital senang)
-sejadah
-baju sepasang
-towel
-underwear
-selimut
-berus gigi

Checklist - made your life easier

NN memang dari masa belajar suka buat checklist. Senang, takyah nak fikir2 dah bila kali kedua nanti. Antaranya untuk pergi bercuti, ofis, balik kampung, dll. Leceh kalau ada benda tinggal, lagi2 kalau barang Irfan. Dah satu hal pulak bak mencari kedai. NN ni pulak jenis suka bawa barang macam2.. Selalunya gunting, pen, pisau, sud n garfu tu memang bawala kalau bercuti. Bila dah ada barang, masa bercuti pon tenang, tak stress. (",)



Dato' dr Siti Zaliha dari SDMC

Anak 1st bersalin di SMC shah alam. kali ni cuba Dato' dr Siti Zaliha di SDMC. resultnya alhamdulillah saaaaaangat puas hati. Doktor yang dulu bagus, yang ni laaaagi bagus. Alhamdulillah beranak normal, tak gunting (Dato' dr Siti Zaliha tak nak gunting, katanya tak banyak kena jahit, lagi bagus) dan lebih cepat berbanding Irfan dulu. Maybe sebab yang ni dah anak kedua. Tapi dengan Dato' dr Siti Zaliha,patient sangatla ramai. Nasib baik rumah NN dekat, so pukul 10 melenggang anak ambil nombor lepas tu balik rumah. then lebih kurang pukul 4 baru datang balik jumpa doktor Siti.

Dato' dr Siti Zaliha ni sangat cool. Walaupon doktor modern, tapi dia ada juga suruh rendam tempat jahit tu dengan air garam supaya ia bersih. Walaupon dah berumur tapi masih bergaya dan cantik. Kalau compare dengan NN, mmm macam langit ngan bumila.

Selain doktor yang bagus, SDMC ni lebih selesa dari SMC. Bayaran pon lebih murah. NN di beritahu masa buat pre-admit tu untuk bersalin normal RM5,000, tapi bila dapat bil, RM3,000++ (lupa pulak, sebab company husband yang bayar). Kata husband, nurse masa dalam bilik bersalin tu pon lebih sabar. (NN memang dah mabuk dah time tu).

Kat SDMC Ni jugak, dia buang penyepit kat tali pusat Dayani. Jadi lagi senang NN nak cuci pusat dia compare dengan Irfan dulu. Bila discharge, SDMC kasi pampers, alcohol swap(untuk cuci pusat), sepasang baju, kapas, pengorek telinga. (Kat SMC memang takde.). Alkohol swap tu pon nasib baik tukang urut irfan yang bagitau.

Dari segi breast feeding, SDMC siap ada doktor yang datang melawat dan bagi nasihat setiap hari.

Rasanya kalau ada rezeki InsyaAllah nak bersalin di sini lagi. (",)



Kurma dan berpantang

Alhamdulillah NN dah selamat melahirkan anak perempuan.. Nak cerita pasal kurma sikit.

Kebetulan masa nak kena admit tu NN bawa kurma mariami buat bekal. Sehari lepas bersalin tu lapar, biskut pulak dah habis pulak,so bantai kurma banyak2... Rupa2nya ada hikmah bawa kurma tu. 2 benda yang ketara, satu susu keluar dengan banyak. Kedua berak dengan sangat lawas. (Lawas macam makan jamu nonaroguy). Masa beranak kat Irfaan dulu makan jamu Nonaroguy, tapi hidung berdarah, panas sangat kot. Anak kedua ni risau takut susah nak berak, Alhamdulillah. dah lebih dua minggu duk makan kurma banyak2.. Terima kasih tuhan.

Akar kacip fatimah

Bagi yang tak kenal, nila dia akar kacip fatimah. Setahu NN baik boleh guna untuk buat air selusuh. Rendam, then air rendaman tu ambil buat minum. Senang nak beranak. Anak yang 1st NN minum, husband buatkan. Tapi anak yang kedua ni rendam je, tapi tak minum sebb akar tu dah dua tahun simpan, takut pulak mudarat kat baby. Rendam pon sebb ada yang cakap kalau dekat beranak keluar bunga, tapi rendam baru 2 hari dah bau busuk. May be dah tak elok kot kan. Takpe, ada rezeki anak ketiga kita buat lagi...