Terima kasih mama

Masuk tahun ni, mama NN dah nak masuk 58 tahun. Mama tu sangatla kurus. Biasanya orang yg ada kencing manis cam tula..makan serba tak selera... Banyak nak kena pantang. Kalau makan mulala pening n kaki semut2...

Dalam pada tak larat n penat tu, sepanjang NN pantang ni, semua benda dia nak buat. Dahla obvious gila dia letih, selalu juga NN gaduh ngan mama sebab dia tak bagi NN buat kerja... "Orang berpantang kena jadi macam permaisuri...." Sabarjela...

Dalam duk gaduh tu, NN tabikla dengan mama... Dalam penat, xlarat, tapi gagahkan juga jaga cucu, masak n sediakan macam2 setakat yang dia mampu... Maafla mama, NN ni selalu xdengar cakap, xkasi basuh pinggan, NN basuh juga... Hehe...

Ya Allah, berkatila hidup mama dan papa (selalu kena tolong, hehe)... Semoga mereka tergolong dalam golongan orang yang beriman. Gembirakanlah mereka dan berikan kesihatan yang sempurna buat mereka.... Amin....



No comments:

Post a Comment