Sabun bayi

Dah nak masuk 3 anak ni terasa nak mengomen pasal sabun baby. A guide untuk parent yg 1st time beli

Sembahyang jamak qasar untuk perjalanan lebih dari 3 hari

NN mushkil bolehke kita sembahyang jamak & qasar kalau kita berada di satu tempat (bukan rumah) lebih dari 3 hari?Selama ni NN amalkan, kalau 5 hari berjalan ( tak termasuk perjalanan), NN sembahyang jamak & qasar 3 hari pertama, dan 2 hari NN sembahyang biasa. Masa pergi madinah 8 hari, tabung haji tak bagi buat macam tu sebab katanya lebih dari 3 hari, jadi semua kena sembahyang penuh.

Kesimpulan selepas google :

Situasi perjalanan :
 a. Lebih 89 km
 b. Menetap lebih 3 hari (tak termasuk hari perjalanan)

 Cara sembahyang :
   a. Dibolehkan jamak qasar masa perjalanan (pergi dan balik)
   b. Tidak dibolehkan sembahyang jamak qasar lagi apabila sampai di tempat yang di tuju

*Jika menetap hanya 3 hari, di bolehkan jamak qasar sepanjang berada di tempat tersebut.


Reference website :

https://www.facebook.com/DoodleDakwah/posts/477053162314492

Kontraktor oh kontraktor

NN baru siap baiki rumah.. Stakatni nmpk cam ok, cuma timing tu lari banyakla... Mula2 cakap minggu first puasa dh siap, last2, dh nk ry baru siap... Tapi NN bsyukur sbb dr segi kerja nmpk mcm ok... Ada juga sedar NN yg duit dh byr tp kerja xbuat2, then janji lain, buatnya lain. Minggu ni nak spot check... Hehe..

Some tips to deal with kontraktor :

- deposit bagi yg paling minimum... Kalau bagi banyak, lagila lmbt siap.. Kontraktor NN tu sendiri mengaku mmg ada kwn2 dia yang dapat duit kemudian buat projek org kain.. Kirs utk roll modal...
-mintak total quotation utk kerja2 yg nk di buat, jgn ikut jam... Nnti kerja yg pttnya sejam jd 2 jam....
-cuba survey beberapa kontraktor, so boleh la tau apa yg harga berpatutan utk kerja yg kita nk buat... 1st kontraktor yg NN jumpa kos nya 2 kali ganda dari 2nd kotraktor...
- selalu2la tanya kabar, so bolela tau progressnya tahao mana dah...


Zikir terapi diri membanti bayi tidur

Dayani kadang2 ada masalah nak tidur. Bila tak dapat tidur mulala menangis sebab ngantuk. Nasib baik adik bongsu NN ada dengar tv Al-Hijrah tentang zikir terapi. Alhamdulillah, agak senang nak tidurkan Daysni. Thanks to my little brother Mohd Amin... (",)

Ni yang NN download dari youtube

http://m.youtube.com/watch?v=9NcS_2Io9t4

Oghe puang (orang perempuan...)

NN ada baca pesanan dari ustaz Azhar Idris... Rasanya bagus untuk di kongsi...

Boleh refer di sini...

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=402167286481421&set=a.260825253948959.68147.100000644587077&type=1&theater

Upin Ipin my favourite cartoon!


Irfan dah 2 tahun lebih. dah start berebut tv dah nak tengok cartoon. antara cartoon yang slalu dia tengok mr bean, oscar oasis, oggy n cockroach dan boiboiboy... dalam banyak2 tu NN suka galakkan dia tengok upin ipin. banyak pengajaran yang irfn boleh dapat. Harap ada lebih banyak cartoon macamni pada masa depan. at least bukan sronok tengokje, dapat blaja skali...  

Ubat Ganocelium dan Reishi dari DXN

Just to share my mother in law (mil) true story. Biasanya dengar cerita orang yang tak dikenali dan xtau kesahihannya.

Dulu dia pernah ada ketumbuhan dalam perut. Agak teruk juga. Ikut doktor memang kena operate. Ditakdirkan tuhan, abang mil ni tengah pakai product DXN dan salah satunya pil Reishi Gano dan Ganocelium. Dua product ni asasnya dari cendawan. Kena makan berpasang. Bilangan? Ikut setakat mana tubuh kita mampu terima. Bila makan productni, akan ada side effect. Ikut penyakit orang yang makan. Yang pasti bila NN cuba makan dulu (starting sepasang), rasa penat. Tapi NN xkonsisten so xlehla nak cerita detail.

Productni yg NN paham, bila makan, dia akan sembuhkan penyakit yg paling teruk dulu, then dah ok dia akan sembuhkan penyakit2 lain dlm badan. Dipendekkan cerita, ketumbuhan dalam perut mil NN tu sembuh dan tak perlu operate lagi. Sejak tu mil dah xyakin dengan doktor. Agak selalu juga bila mil sakit, pergi jumpa doktor, doktor cakap tak ada apa2. Dia sihat. Sampai sekrang mil memang konsisten makan productni. Termasukla ubat gig, sabun, dll..

Irfan NN dulu selalu masuk hospital sebab selesema. Pastu kena sedut pakai tiub, sedih hati NN nengok. Pastu mil suruh makan Ganocelium (reishi gano tu agak kuat effect dia). Tapi memula NN taknak sebab risau jadi pape. Tapi mil bagi juga, alhamdulillah selsema irfan dah ok. Irfan makan serbuk dia je, capsule tu buang. Tak yah paksa2 mcm ubat doktor, dia sendiri yg nk.

Website : http://www.dxn2u.com/product/prod_health.php?lang=en



Suntikan BCG bayi bernanah

Tempat BCG dayani tiba bernanah hari ke 31.. Rasa pelik sebab kenapa dah lama baru bernanah.. Apalagi minta bantuan encik Google...

Rupa2nya ia akan bernanah dalam 2-4 minggu lepas suntikan. Dan itu tandanya suntikan tu menjadi.. Lepas ni akan ada kesan parut. kalau xde kesan parut maknanya kena pergi jumpa doktor balik untuk periksa samaada kena suntik BCG lagi sekali ke tak sebab suntikan pertama mungkin xmenjadi... Fuh lega...!

Ni antara website yang NN refer... Selalunya kalau google mesti keluar yg indonesia.. Lantaklah, asalkan info yg nak tu ada... (",)

http://bayidanbundasehat.blogspot.com/2012/04/imunisasi-bcg-dan-efek-sampingnya.html

http://www.bayi.web.id/pentingnya-imunisasi-bcg.html

http://bidanbersalin.blogspot.com/2012/04/pelalian-bcg.html



Bahaya Sardin

Good Info....

NN memang suka makan sardin.... Mak mertua NN GILA makan sardin... macam2 jenis masakanla yang dia buat, antara kari, masak lemak, sambal (ni je yg NN suka), dll...

Maklumat lanjut di sini......

http://mahathirzainol.blogspot.com/2013/04/bahaya-sardin.html

Terima kasih mama

Masuk tahun ni, mama NN dah nak masuk 58 tahun. Mama tu sangatla kurus. Biasanya orang yg ada kencing manis cam tula..makan serba tak selera... Banyak nak kena pantang. Kalau makan mulala pening n kaki semut2...

Dalam pada tak larat n penat tu, sepanjang NN pantang ni, semua benda dia nak buat. Dahla obvious gila dia letih, selalu juga NN gaduh ngan mama sebab dia tak bagi NN buat kerja... "Orang berpantang kena jadi macam permaisuri...." Sabarjela...

Dalam duk gaduh tu, NN tabikla dengan mama... Dalam penat, xlarat, tapi gagahkan juga jaga cucu, masak n sediakan macam2 setakat yang dia mampu... Maafla mama, NN ni selalu xdengar cakap, xkasi basuh pinggan, NN basuh juga... Hehe...

Ya Allah, berkatila hidup mama dan papa (selalu kena tolong, hehe)... Semoga mereka tergolong dalam golongan orang yang beriman. Gembirakanlah mereka dan berikan kesihatan yang sempurna buat mereka.... Amin....



Checklist - masa berpantang

Ibu
-baju butang depan (senang menyusu)
-kain yang bergetah (senang kalau nak pergi tandas)
-disposable panties
-bekung (sekurang2nya dua)
-kain yang dah di gunting dari baju2 lama (untuk lapik perut supaya tak kena bekung)
-maternity pad
-stokin bola
-minyak mestika @ minyak urut yang sesuai untuk sapu pada badan dan kaki supaya badan selalu hangat
-kurma (berak lawas)
-nursing bra
-disposable nursing pad
-minyak gamat untuk sapu tempat jahit supaya cepat elok
-selipar untuk jalan2 dalam rumah, jadi takla stokin kotor
-set berpantang (NN beli amwayje)
-siap2 kemas bilik bawah sebab masa pantang tak boleh naik tangga

Baby
-pampers
-baju
-seluar
-bekung
-stokin tangan dan kaki
-kain bedung
-minyak telon dan minyak habbah
-tisu
-alkohol swap (untuk cuci pusat)
-botol susu dan susu (in case susu dada tak cukup)
-sabun cuci botol
-pemberus botol
-sabun cuci baju
-wet tissue
-kain lapik belakang
-bantal tido dan peluk
-tilam
-katil
-selimut
-kelambu
-ubat nyamuk
-towel
-besen mandi
-sabun dan syampu
- cerek rebus air panas
-bakul tempat letak baju baby

Bayi dan demam kuning

Irfan dan dayani dua2 kena mata kuning. Irfan tu ada pergi check, kata doktor demam kuning yang mild je..

Masa irfan orang kata kena jemur kat panas. Sibukla tokma jemur siap bukak baju tinggal pampers je.. Tak kira pagi petang. Rupanya tak yah sampai buka baju. Just bawa jalan2 kat luat kejap n waktu pagi je... Tak dapat bawa keluar, jemur tepi tingkapje. Tapi cara ni tak la berkesan sangat.

Then mandikan pulak irfan dalam air panas yang dah di rendam uncang teh. Alhamdulillah lama2 ok.

Masa dayani ni mandikan guna rebusan herba yang jual kat kedai herba china. Alhamdulillah lagi cepat kesannya. Kuning dah tak de. Ikut kata tukang urut, selain untuk demam kuning, kulit bayi pon lebih bersih dah licin.

Untuk ibu pulak, since anak ada kuning, jangan makan @ minum apa2 pil @ teh herba. Dah sihat nanti boleh la mula minum.

Checklist - beg hospital

Takut lama2 nanti lupa, NN nak tulis siap2.. Mana yang tertinggal, nanti update balik..(",)

Ibu
-sepasang baju (yang lengan panjang dan butang depan, senang nak menyusu)
-maternity pad
-minyak gamat (untuk sapu tempat jahit supaya cepat baik)
-charger handphone dan handphone
-towel
-toileteris
-disposable panties (senang, sebab nanti darah banyak keluar, sure kena seluar)
-bekas air
-makanan untuk kunyah2
-baju sejuk
-stokin panjang
-nursing bra
-disposable nursing pad
-selipar tandas
-kad pengenalan
-kad appointment untuk jumpa doktor
-minyak selusuh @air zamzam

Baby
-baju sepasang
-kain untuk bedung
-sarung tangan dan kaki
-pampers
-selimut
-minyak telon
-sabun mandi dan syampu
-barut perut
-alkohol swap (cuci pusat)

Abah (NN bawa siap2 tapi beg berasingan, kalau nak kena stay kat hospital senang)
-sejadah
-baju sepasang
-towel
-underwear
-selimut
-berus gigi

Checklist - made your life easier

NN memang dari masa belajar suka buat checklist. Senang, takyah nak fikir2 dah bila kali kedua nanti. Antaranya untuk pergi bercuti, ofis, balik kampung, dll. Leceh kalau ada benda tinggal, lagi2 kalau barang Irfan. Dah satu hal pulak bak mencari kedai. NN ni pulak jenis suka bawa barang macam2.. Selalunya gunting, pen, pisau, sud n garfu tu memang bawala kalau bercuti. Bila dah ada barang, masa bercuti pon tenang, tak stress. (",)



Dato' dr Siti Zaliha dari SDMC

Anak 1st bersalin di SMC shah alam. kali ni cuba Dato' dr Siti Zaliha di SDMC. resultnya alhamdulillah saaaaaangat puas hati. Doktor yang dulu bagus, yang ni laaaagi bagus. Alhamdulillah beranak normal, tak gunting (Dato' dr Siti Zaliha tak nak gunting, katanya tak banyak kena jahit, lagi bagus) dan lebih cepat berbanding Irfan dulu. Maybe sebab yang ni dah anak kedua. Tapi dengan Dato' dr Siti Zaliha,patient sangatla ramai. Nasib baik rumah NN dekat, so pukul 10 melenggang anak ambil nombor lepas tu balik rumah. then lebih kurang pukul 4 baru datang balik jumpa doktor Siti.

Dato' dr Siti Zaliha ni sangat cool. Walaupon doktor modern, tapi dia ada juga suruh rendam tempat jahit tu dengan air garam supaya ia bersih. Walaupon dah berumur tapi masih bergaya dan cantik. Kalau compare dengan NN, mmm macam langit ngan bumila.

Selain doktor yang bagus, SDMC ni lebih selesa dari SMC. Bayaran pon lebih murah. NN di beritahu masa buat pre-admit tu untuk bersalin normal RM5,000, tapi bila dapat bil, RM3,000++ (lupa pulak, sebab company husband yang bayar). Kata husband, nurse masa dalam bilik bersalin tu pon lebih sabar. (NN memang dah mabuk dah time tu).

Kat SDMC Ni jugak, dia buang penyepit kat tali pusat Dayani. Jadi lagi senang NN nak cuci pusat dia compare dengan Irfan dulu. Bila discharge, SDMC kasi pampers, alcohol swap(untuk cuci pusat), sepasang baju, kapas, pengorek telinga. (Kat SMC memang takde.). Alkohol swap tu pon nasib baik tukang urut irfan yang bagitau.

Dari segi breast feeding, SDMC siap ada doktor yang datang melawat dan bagi nasihat setiap hari.

Rasanya kalau ada rezeki InsyaAllah nak bersalin di sini lagi. (",)



Kurma dan berpantang

Alhamdulillah NN dah selamat melahirkan anak perempuan.. Nak cerita pasal kurma sikit.

Kebetulan masa nak kena admit tu NN bawa kurma mariami buat bekal. Sehari lepas bersalin tu lapar, biskut pulak dah habis pulak,so bantai kurma banyak2... Rupa2nya ada hikmah bawa kurma tu. 2 benda yang ketara, satu susu keluar dengan banyak. Kedua berak dengan sangat lawas. (Lawas macam makan jamu nonaroguy). Masa beranak kat Irfaan dulu makan jamu Nonaroguy, tapi hidung berdarah, panas sangat kot. Anak kedua ni risau takut susah nak berak, Alhamdulillah. dah lebih dua minggu duk makan kurma banyak2.. Terima kasih tuhan.

Akar kacip fatimah

Bagi yang tak kenal, nila dia akar kacip fatimah. Setahu NN baik boleh guna untuk buat air selusuh. Rendam, then air rendaman tu ambil buat minum. Senang nak beranak. Anak yang 1st NN minum, husband buatkan. Tapi anak yang kedua ni rendam je, tapi tak minum sebb akar tu dah dua tahun simpan, takut pulak mudarat kat baby. Rendam pon sebb ada yang cakap kalau dekat beranak keluar bunga, tapi rendam baru 2 hari dah bau busuk. May be dah tak elok kot kan. Takpe, ada rezeki anak ketiga kita buat lagi...

Why are we getting married?


Just finished watching "My fake fiance". NN tersentuh pulak dengar kata2 paderi masa diorang nak kahwin tu.

"I had done this job long enough to know when a couple is getting married for the wrong reason. Some, they are in love with an idealise version of the person they are married. Others, they feel they too old to be single anymore. And some, well some just want all the gift. "

So, why are we getting married? Its good if for the right reason. 

Satu lagi ayat jiwang yang NN suka

"Kahwinlah dengan orang yang menyayanyi kita. Bukan dengan orang yang kita sayang." Eceh!


Tesco online shopping

Wah tesco dah ada online shop!!

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=502624693108776&set=a.193199840717931.41194.191466347557947&type=1&theater

Blood pressure chart

Original website : http://www.vaughns-1-pagers.com/medicine/blood-pressure.htm

DIY birthday ecard

Today is my husband's birthday. Tada!!



Bagi yang ada ipad boleh download application dari app store. NN cari photo editje.

Happy birthday dear husband. Semoga panjang umur, murah rezeki dan diberkati tuhan. Amin....

Tikus!!!

Hmmmm... Tak senang duduk NN bila nampak tikus di pagi hari.. Husband daripada sleeping beauty tiba2 bertukar jadi pahlawan berapi.. Tapi last2 xtau pergi mana... Tiap2 hari masa sunyi ada jela bunyi cik tikusni... Apa lagi bermula la operasi pembersihan besar2an..

NN google, ada beberapa tips yang NN jumpa :
- letak jering dalam rumah... Katanya dekat setahun xde tikus kat rumah..
- letak serai wangi.. Tapi takde pulak yang cakap berkesan ke tak, cuma suggestje
- guna racun tikus jenama fumakila

NN berminat nak guna racun fumakila tu, tapi masalahnya tak tau nak beli kat mana.. Giant n tesco tak de jual.. Hmmm.. So far ada la sekor yang NN selalu nampak kat dapur.. Tapi sejak operasi pembersihan besar2an dan NN tutup semua lubang2 yang ada, macam tak nampak pulak.. Harap2 dah memang takdela... Tengah2 pregnantni risau jugakkan, mau terlompat katak juga kalau tetiba lari bawah kaki... Hmmm...



Lim tayar - wheel balancing and allignment

NN selalu buat balancing dan allignment kereta kat Lim tayar seksyen 13. Tempat favourite husband sebenarnya. NN manala tau pasal balancing dan allignmentni. Tau bawa kete je. dah lepas buat balancing dan allignment pon tak rasa beza dia. Haha. Sebelumni husband ada try tempat lain, tapi dia cakap tak de beza pon. Dah tak keje ni, tugas NN la pulak. Kat Lim tayar ni dia cakap ok. Charge pon sama je. 

NN suka bawa kete ke Lim tayar ni. staff ok. Selain tu ada wifi kat sini. Jadi tak la bosan nunggu. Irfan pon boleh tengok You tube. Tempat menunggu pon selesa. Siap ada aircond, air mineral, surat kabar dan majalah. Ada sekali tu tayar kena paku, NN bawa pergi sini, dia tak charge pape pon. Bagus kan?

Satu lagi yang best dengan lim tayar ni. Setiap kali birthday husband dia akan hantar surat untuk yang bagi husband free balancing dan rotation service. Okla kan, dari takde pape.

Tapi dalam banyak2 yang best tu, adala sekali tu staff dia cakap kena tukar tayar sebab dah sampai mark dia. NN tengok ok je lagi. Lepas discuss ngan husband ikut phone (NN ni manala tau pape), decide nak tangguh dulu. Budget pon tak de bulan tu. Bila hsuband tengok, dia cakap jauh lagi dari mark, boleh balik perlis 2,3 kali lagi. Hehe. tapi tak tau la kan. Lain orang lain la opinionnya. Sampai sekrang pon tak tukar2 lagi. Alhamdulillah takde pape.

Adios.

Adress   : No 43, Ground Floor,
               Jalan Snuker 13/28, Seksyen 13
               40100 Shah Alam
               Selangor
Phone    : 011-12351255 @ 
Fax        : 03-55193048
Website : http://www.limtayar.com





Tips buat Daging @ ayam goreng lebih sedap

Dulu kalau nak goreng ayam, NN cuma letak garam dengan kunyit debu yang dalam peket tu. Makcik NN suka tambah bawang putih sebab dia cakap bau dia wangi. Tapi NN rasa tak de beza sangat NN suka tambah serbuk kari.. Bila goreng dia ada rasa berempah. Husband pon suka. Kalau buat, kena goreng lebih sebab adala tukang ratah nanti... (",) boleh buat untuk daging @ ayam goreng...

Awana kijal golf, beach & spa resort

At last back at home!!! Khamis lepas tiba2 je husband kena outstation ke teganu. Memula tumpang umah adik, then check in kat awana kijal. Risau juga kalau2 nak beranak pulak kat sana.

Masa kat awana husband kena g keje. Tinggalla kami dua beranak. Nak keluar husband pakai kereta. Yang best kat awana ni, dia ada swimming pool kanak2 siap ada gelongsor lagi. Seronokla irfan, siap nak swim kat kolam orang besar lagi. Itu belah pagi, belah petang pulak pergi smarty club, kat sini ada bilik bola, rumah mainan n gelongsor. Kira playground indoor la. So belah malam tu dia dah penat, senangla nak tido. Kalau tak, jawabnya tawaf satu bilikla.

Duk kat awana tu macam jadi mem besar la pulak, tiap2 hari ada orang kemas bilik. Towel, toileteris pulak tiap2 ari tukar. Dapatla NN buat stok berus gigi. (",)

Breakfast, makan buffet, makanan not bad tapi makan yang biasa makan. Ingatkan duk hotel dapatla makan lain dari biasa. Tapi nasi dagang, nasi lemak dia memang best. Makan kenyang2, pastu main kolam. Memang terbaiklah.

Sepanjang duk awana ni rasa puas ati. Pekerja pon mesra. Alhamdulillah. Kira last holiday before deliver la ni. Pasni dah kena berkurung 2 bulan kat umah. Adoi........